7
Ramadhan / 6 Ogos 610 M. Nabi Muhammad SAW yang sedang menyendiri dalam
sebuah gua sempit di pergunungan sekitar Makkah kedatangan tetamu
istimewa. Adalah Malaikat Jibril tetamu yang tiba-tiba singgah ke Gua
Hira itu.
'' Bacalah!'' Ujar Jibril kepada Muhammad.
Rasulullah pun segera menjawab,'' Aku tak boleh membaca.''
Lalu Jibril memegang dan memeluk tubuh Muhammad dengan sangat kuat.
'' Aku sampai merasa sesak,'' ujar Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah RA.
Setelah itu, Jibril melepaskan pelukannya dan kembali berkata,'' Bacalah!''
Muhammad SAW kembali menjawab,'' Aku tak boleh membaca.''
Lagi-lagi malaikat Jibril memeluk dan memegang tubuh Nabi SAW dengan sangat kuat. Rasa sesak kembali dirasakan Rasulullah.
Hingga
akhirnya Jibril melepaskannya dan kemudian berkata,'' Bacalah dengan
menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia
dari segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah. Yang
mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada
manusia apa yang tidak diketahuinya.''
Itulah
lima ayat pertama Al-Quran, surah Al-Alaq yang diwahyukan Allah SWT
melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.
Dengan
keadaaan bergemetar Nabi Muhammad SAW bergegas pulang untuk menemui
isterinya Khadijah. Sesampainya di rumah, Rasulullah berkata,'' Selimuti
aku, selimuti aku!''
Khadijah
pun menyelimuti suaminya yang menggigil hingga hilang rasa takutnya. ''
Wahai Khadijah, apa yang terjadi padaku?'' Tanya Nabi SAW.
Dengan
penuh kesabaran Khadijah menenangkan suaminya. Rasulullah SAW pun
menceritakan pengalamannya selama berada di Gua Hira. '' Aku khuatir
terhadap diriku sendiri,'' ujar Nabi Muhammad.
''
Tidak, bergembiralah! Demi Allah, selamanya Allah tidak akan menutup,
kerana engkau suka menyambung tali silaturahim, jujur dalam berkata,
ikut meringankan
beban orang lain, suka menjamu tetamu, dan suka menolong orang yang menegakkan kebenaran,'' ujar Khadijah.
***
Khadijah
kemudian membawa suaminya menemui anak saudaranya bernama Waraqah bin
Naufal bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Waraqah adalah pemeluk
Nasrani di zaman
Jahiliyah. '' Wahai anak pamanku. Dengarkanlah kisah anak sauadaramu (Rasulullah SAW),'' kata Khadijah.
'' Apa yang engkau lihat anak saudaraku?
Rasulullah
SAW kemudian bercerita tentang pengalamannya di Gua Hira. Setelah
mendengar kisah itu, Waraqah berkata,'' Itu adalah undang-yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa AS, andai aku masih hidup
tatkala kaummu mengusirmu.''
'' Benarkah mereka akan mengusirku?'' Tanya Rasulullah.
''
Benar! Tak seorang pun yang membawa risalah seperti engkau bawa
melainkan akan dimusuhi. Andaikan aku masih hidup pada masamu nanti
tentu aku akan membantumu dengan sepenuh hati.''
Tak lama selepas itu, Waraqah tutup usia. Wahyu yang turun pun terputus.
''
Nabi Muhammad SAW sampai bersedih,'' ungkap Dr Akram Dhiya Al-Umuri
dalam Shahih Sirah Nabawiyah. Saat wahyu tak kunjung tiba, Rasulullah
SAW naik ke puncak gunung.
Dalam ketidakpastian itu, secara tiba-tiba Jibril muncul.
'' Wahai Muhammad, engkau adalah benar-benar Rasul Allah,'' ujar Jibril.
Ucapan
Jibril itu membuat hati Nabi Muhammad tenteram dan baginda pulang ke
rumahnya. Menurut Dr Akram, tak diketahui secara pasti berapa lama wahyu
itu tidak turun. Namun, menurut As-Suhaili dalam Ar-Raudhul Unuf, hal
itu tak berlangsung lama. Hingga akhirnya wahyu kembali turun secara
beransur-ansur.
Wahyu
kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat pertama
surah Al-Mudatstsir:'' Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu beri
amaran, dan Tuhamu maka agungkanlah, dan pakaianmu maka bersihkanlah,
dan perbuatan dosa (menyembah berhala) maka tinggalkanlah.''
sumber republika.co.id
Tidak ada komentar:
Posting Komentar